Friday, January 18, 2013

kerikil jalanan



Sehabis baik pon kau cuba jaga perasaan orang, kadang-kadang
lagi kuat juga kekuatan yang kau perlukan untk jaga hati kau sendiri. orang tak tahu kau kecewa.orang tak tahu kau sedih. 

Bila kau marah, kau tutup dengan senyuman kau. kau ketawa bila kau kecewa. asal hati orang tak susah lihat wajah muram kau. kau simpan dalam dalam semua itu. biar kau yang kecewa, biar kau yang tanggung semua!

Segagah mana kau bangkit bila jatuh, kau tetap tak mampu menolak pandangan sinis orang sekeliling kau. kau tersungkur jua bila terdengar kata-kata pedas dari mereka. kau menangis jua bila hati kau terluka. pedih. sedih. kecewa...

Rasa di hati terbuku, entah pada siapa kau boleh luahkan. segala rasa kau bakar,biar jadi abu. terbang bersama debu debu di jalanan. mungkin rasa di hati kau hanya layak terbang bersama debu, mungkin hati kau hanya layak dipijak seperti kerikil di pinggir lorong, sunyi. sepi. tak siapa peduli.~

kau salah track larian


kau berlari dan terus berlari
mengejar satu cita yang kau susun rapi dari dulu
penat kau cari kepingan jigsaw puzzle yang hilang
lelah kau selesaikan teka silang kata itu
Namun,
lain yang kau harap
lain yang kau dapat
hati-hati kau fikir
apa salah kau
apa kurangnya usaha kau
citamu mulai kabur
hilang dalam silauan cahaya
mungkin lebih baik kau undur diri
ini bukan jalanmu
serahlah pada yang lebih berhak
sedarlah kekurangan dirimu.


p/s : rezeki dia bukan rezeki kau.berlalulah...

Wednesday, January 9, 2013

sembunyi

sembunyi engkau di balik awan
malukah engkau?
atau kau tak mahu?
di bawah pohon aku ternanti-nanti
menanti engkau muncul kembali
rindu rindu aku pada sinarmu
sayang sayang aku pada cahayamu
pergilah mendung,beraraklah awan.
izinkan aku betemu si bulan.



p/s: datang dan pergi tanpa diundang.selepas ini,jangan lagi pergi,.teruslah di sini.

Tuesday, January 1, 2013

sepi


hari berganti hari,
sepi aku menanti pagi,
merindui dia si arjuna hati,
ku cuba melawan sehabis mati,
biar rasa ini tak bikin aku sakit,





p/s : diam-diam aku menyimpan rasa,diam-diam rindu itu timbul dari lubuk hati,diam-diam aku berdoa biarlah kau yang terakhir bertakhta dlam hati.

harapan


Guruh mula berdentum
Menambah getar di sanubari
Hujan rintik-rintik membasahi bumi
Hari yang suram berkunjung tiba
Aku di kaki langit hanya mampu mendongak pasrah
Apakah pengharapan ini akan berakhir?
Apa masih ada sinar harapan untuk aku?
Dilema.
Aku termangu.
Dalam diam,matahari menjenguk.
Muncul sang pelangi
Memberi khabar gembira
Untuk hati yang sunyi.
Mungkin ini permulaan.
Mungkin juga tidak.
Tapi yang penting,
Hatiku kini disinari dengan warna pelangi indah. 


p/s : aku mahu terus berharap.biar harapan ini jadi doa untuk kau dan aku menyatu.

25.12.2012
12.12