Kadang-kadang bila hati dah terlampau parah dirobek oleh
sang manusia tak berhati perut,hilang sudah rasa untuk disayangi seperti dulu.
Kau sudah mampu membutakan matamu bila dia hadir.
Kau sudah mampu mentulikan telingamu
dari kata-kata manisnya.
Semuanya kau mampu bila hati sudah kau keraskan untuk
menerima semula rasa itu.
Walau dia datang memujuk rayumu dengan kata-kata manisnya
yang bagaikan gula tiruan itu,
kau sudah bisa memandangnya dengan pandangan
penuh jijik dan jengkel.
apakah manusia ini gila?,bisik hati kecilmu.
apakah manusia ini gila?,bisik hati kecilmu.
Kau pergi membawa diri,meneruskan kehidupanmu
dengan berbekalkan hatimu yang parah dirobek.
Peduli apa bila orang mencemuhmu.
Peduli apa bila orang bilang kau keras hati.
Orang label kau kejam bila kau
tolak cinta dia.
Ahhhh.
Apa mereka tahu.
Hati kau, kau yang pandu arah tujunya.
Kau diam.
Dan berjalan lagi.
Hingga satu simpang, kau
berhenti bila kau disapa senyum manis seorang pria.
Entah kenapa,kau terkedu
seketika.
Kau cuba meneruskan langkahmu.
Tapi degupan jantungmu lebih kuat dari
arahan si otak.
Darah naik ke
kepalamu,
dan kau cuba bertahan.
dan kau cuba bertahan.
Dalam diam-diam, kau berdoa agar dialah manusia
yang kau cari selama ini.
Dalam diam-diam,kau membina segunung harapan,
Dalam diam-diam,kau membina segunung harapan,
Maka,kau biarkan jantungmu mengkhianati hatimu.
Biarlah.
Biarlah rasa ini bertahan walau untuk sekejapan sahaja.
Hanya dengan senyuman
ikhlas seorang pria, kau bisa jatuh terduduk.
Biarlah...
NOKTAH

