Tuesday, December 25, 2012

biarlah.





Kadang-kadang bila hati dah terlampau parah dirobek oleh sang manusia tak berhati perut,hilang sudah rasa untuk disayangi seperti dulu. 
Kau sudah mampu membutakan matamu bila dia hadir. 
Kau sudah mampu mentulikan telingamu dari kata-kata manisnya. 
Semuanya kau mampu bila hati sudah kau keraskan untuk menerima semula rasa itu.

Walau dia datang memujuk rayumu dengan kata-kata manisnya yang bagaikan gula tiruan itu,
kau sudah bisa memandangnya dengan pandangan penuh jijik dan jengkel.
apakah manusia ini gila?,bisik hati kecilmu.

Kau pergi membawa diri,meneruskan kehidupanmu dengan berbekalkan hatimu yang parah dirobek. 
Peduli apa bila orang mencemuhmu. 
Peduli apa bila orang bilang kau keras hati. 
Orang label kau kejam bila kau tolak cinta dia. 
Ahhhh. 
Apa mereka tahu. 
Hati kau, kau yang pandu arah tujunya.

Kau diam.
 Dan berjalan lagi. 
Hingga satu simpang, kau berhenti bila kau disapa senyum manis seorang pria.
 Entah kenapa,kau terkedu seketika. 
Kau cuba meneruskan langkahmu. 
Tapi degupan jantungmu lebih kuat dari arahan si otak.  
Darah naik ke kepalamu,
dan kau cuba bertahan.
 Dalam diam-diam, kau berdoa agar dialah manusia yang kau cari selama ini.
Dalam diam-diam,kau membina segunung harapan,
Maka,kau biarkan jantungmu mengkhianati hatimu.
 Biarlah.
 Biarlah rasa ini bertahan walau untuk sekejapan sahaja.
 Hanya dengan senyuman ikhlas seorang pria, kau bisa jatuh terduduk.
 Biarlah...
NOKTAH




           


p/s: terima kasih atas pengharapan itu. :)

1 comment:

  1. dan aku tahu rasa itu semakin kuat
    dan aku tahu rasa yang datang itu semakin jelas
    dan bila rasa itu semakin sampai ke titik kemuncak

    pria itu,
    hilang dari pandangan .
    pria itu,
    pergi tanpa penjelesan
    dan pria itu,

    mungkin bukan yang aku cari selama ini

    dan aku masih kaku
    mahu meneruskan sebuah perjalanan
    atau berdiri kaku menunggu

    ;')

    ReplyDelete